Khamis, Julai 08, 2010

Rawatan Resdung

Tarikh: 25/06/10
Lokasi: Permata Hijrah, Seksyen 13, Shah Alam
Waktu:Time solat Jumaat
Ni baru da kesempatan up-date...
Ari tu disebabkan dah tak tahan ngan rasa merenyam kat muka ni, Ibu ajak Ayah bawa pi buat rawatan kat Permata Hijrah... Iya lah iklan depa nampak cam best...
Dalam pukul 11:30 bertolak dari opis. Bila sampai, Ibu dibwa ke bilik yang agak sulit. Sesuai untuk orang perempuan... Tempat yang tidak terbukalah kiranya...
Pertama sekali, depa suruh Ibu masuk kan cotton bud yang dah dititik ngan Pencuci Telinga.


Pembantu PH tu nak trace tahap resdung Ibu ni. So, Ibu pun masukkan lah dalam telinga.. Ada bunyian cam ada benda dok gerak2... cuak Ibu. Tapi adik tu kata itu tandanya kuman ressdung dah naik sampai ke telinga... Sebenaqnya Ibu memang dah lama ada resdung.. Tapi dok p buat perasap n buang hama cam biasa ja kat kampung2... Penah gak terlintas tentang nak guna lipas tanah cam dalam Majalah 3 tu, tapi geli...

Back tu PH, lepas tu adik tu minta Ibu sedut secubit serbut rempah dalam kiri n kanan huidung. Memang sah2 lah bersin sakan.... Dia tanya Ibu samada Ibu nak buat atau tidak rawatan. Memang lah tujuan asal nak buat raweatan. So, Ayah yang dok tunggu congok kat luaq dok sakan sembang ngan adik2 lelaki... Mesti lah dok promosi barang kat Ayah nu...

Ibu start ngan rawatan. Adik PH tu mintak ibu sedut serbuk rempah tu lebih dari yang tadi... pas tu dia titik Toner Hidung n mintak Ibu dongakkan kepala untuk tadah Toner tu bagi masuk dalam. Dia minta Ibu sedut perlahan-lahan. Sakit jugalah rongga hidung ni... Sesak jugalah.... Tapi sakit yang still leh tahan.. Sakit beranak lagi sakit. So sakit ni no hal lah....



Dalam jarak masa 10~15saat Ibu disuruh tundukkan kepala mengadap ke tong sampah yang dok tadah ngan plastik n tisu2... Ada lelehan cair keluar dari hidung... Pas tu adik tu minta izin nak urut muka Ibu ni... kuat jugaklah urutan tu... Dia tumpa pada pipi, dahi n dagu. Sepanjang sesi urutan tu, ibu bersin n muntah2... lendir ja yang kuar... geli sesangat. Lendiran kat hidung tu pekat n bertali2. Ibu nak lap tapi adik tu tak bagi. Dia mintak Ibu sabaq, n kalau dah geli dia mintak Ibu tutup mata... rawatan tu amik masa sejam... Bila lendiran dah tak turun lagi dia titik lagi Toner Hidung tu... n urut lagi. Di akhir urutan, dia minta Ibu tiup kuat-kuat... dan akhir sekali Ibu hidung Ibu di masukkan cotton bud yang dah di titik dengan Pewangi Resdung. Rasa nya nyaman sesangat. Bersin pun dah tak berapa... Rasa cam letak Vicks dalam hidung ja...

Semasa sesi rawatan dijalankan Ayah p solat Jumaat kat TTDI. Selesai ja rawatan Pembantu PH tu nak buat rawatan mata pulak kat Ibu. Free ja dia kata. Malangnya Ibu tak dapat buat. Sebab ada lens n casing lens pulak tak bawa. Rugi rasa nya. Adik tanya samada Ibu nak beli produk, so boleh buat rawatan sendiri kat rumah. Ibu pun belilah
  1. Bedak Resdung,
  2. Toner Hidung,
  3. Kapsul Resdung (50biji)
  4. Pencuci Telinga; dan
  5. Pewangi Resdung.

Semuanya RM135.00. Kata pembantu PH tu, rawatan tadi RM50.00.

So dalam koi 3 Ayah sampai. N dia pun nak buat rawatan mata... Free.... Pas tu Ayah beli MJ (RM35.90) hehehehe

OTW balik, Ibu ajak Ayah p Jakel kat seksyen 7.... Ayah pun Ok ja. Lagi pun dah alang2 cuti setengah hari, amik ja lah peluang... Lagi pun tak bawa Nur 'Aina aisarah. So dapatlah browse puas2. Ibu rembat 4 pasang, untuk persiapan raya n bagi ganti2 baju kerja yang mana dah tak muat (suda GUMOK!!!!) Lagipun Ayah bayaq, so bila lagi,kan... Ayah tak cerewet dalam pilih ni... Tp Ibu still tyanya selera dia. Iyalah Ayah yang nak tengok, kan... So, Ayah memang suda penin... Semua Ok katanya...

Abih ja bayaq, kami terus balik.. Lagi pun dah mencecah 5:15. Sampai Bukit Beruntung, Ibu bli ais kacang n bihun sup... SEDAP SSGT. Fav Ibu ni...

Sepanjang jalan Ibu asyik dok bersin.. Hasil penangan rempah PH. Tapi rempah/herba tu tak pula PH jual.

Amik Adik dalam koi 6:30. Ayah terus balik n solat. Ibu yang jemput Adik..

Sampai ke hari ni, gatai2 kat muka ni tak dak lah berkurang. Kapsul resdung tu pulak cam tak dak efek apa pun kecuali rasa panas. Ibu cuma disuruh makan sehari 2 biji. 1 pagi n 1 malam selepas makan. Ibu taram 2 biji tiap kali makan. Risau juga takut adik demam. Sampai hari Ahad Ibu prakrik makan cam tu... still tak rasa sebarang kesan pengurangan. Ibu complen kat Ayah. Ayah bg jawapan stabdard dia-SABAR LAH..

Sebelum ni Ibu penah makan ST pya produk. Memang cepat n berkesan. Siap bleh makan udang nketam lagi. Tp bila amik PH ni, jgnkan udang ketam, ayam pun ibu tak leh nak bau... Miang n merenyam lagi adalah.. Hish seksa betul!!!!! Sebab rasa tak tahan, Ibu ajak Ayah p klinik amik ubat gatai. Baru LEGA rasanya....

So, Isnin Ibu terus tak amik dak. Cuma dok guna untuk pewangi hidung n pencuci telinga tuh ja yang selesa...

Insyaallah, nak back to ST lah....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan